Sabtu, Ogos 15, 2009

Monash oh Monash.....

Assalamualaikum w.b.t........
Ya Allah, sudah lama aku x update blog ini...
mungkin baru masuk degree di monash universiti mmbuatkan aku agak sibuk "betul ka"...

skarang ni dah masuk mggu keempat aku di monas uni, tapi apa yg pasti mggu keempat ni mmang btul2 memenatkan....
dengan projek fiziknya, lab report material, lab report dynamic, dan tutorial math mmang menguji keimanan dan kesabaran aku....
namun Alhamdulillah, dengan kkuatan yg dberikan oleh Allah SWT aku mmpu mngharungi stiap dugaan itu dengan sebaik mungkin...

Dalam kesibukan dengan study, aku dikejutkan dengan plbagai berita......
baru aku tahu setelah hampir sebulan lebih aku di monash, family aku pula di penang brada dlam keadaan kurang sihat especially my mother....semoga Allah SWT memberikan kkuatan kepada keluaga aku utk mnempuh dugaan yg dhadapi....hanya ini yg mmpu aku lakukan...memohon kepada Yang Maha Esa...

Dalam pada itu juga, aku juga dikejutkan dengan berita yg cikgu aku di soksek iaitu cikgu norizan sedang sakit. Beliau telah disahkan mnghidap kmbali knser . tapi kali ini di hati dan paru-paru pula. Aku sempat bertemu dengan beliau masa cuti lepas habis mufy di sunway kolej, tapi masa itu kesihatan dia nmpak ok, alhamdulillah. Terkejut juga bila dapat berita tu..Semoga beliau diberikan kkuatan dan ditabahkan hati oleh Allah SWT menghadapi dugaan itu....

Dan yg terakhir, berita yg menggemparkan satu Malaysia iaitu perginya seorang pahlawan nasyid iaitu Ustaz Asri Rabbani pada pagi 13 Ogos 2009. Kehilangan yg sukar dicari ganti. Walaupun aku ni bukanlah peminat nasyid no.1, namun aku ttap merasai pemergiannya. Sepanjang mengenali dalam industri kita melihat bagaimana beliau dan kumpulan Rabbani berjuang di jalan Allah menegakkan syiar Islam dan berdakwah melalui lagu2 beliau yg mengingatkan supaya tidak leka dengan kehidupan duniawi sehingga mninggalkan ukhrawi....
Kita melihat bagaimana mudahnya nyawa beliau ditarik oleh Allah SWT yg pasti akan menginsafkan kita bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk manusia yg brnama insan...ini adalah detik-detik terakhir ustaz Asri bersama dengan isteri beliau:

“Saya mulanya tak percaya… Yelah, arwah meninggal pada pukul 11.05 pagi, pukul 10 pagi tu saya masih bersama dia. Masa tu dia memang nampak tak sihat, dia pun ada kata dia pening-pening. “Arwah ada sakit gastrik, kencing manis dan gout, pagi tu dia cuma minum air madu dengan limau… Lepas tu dia ada muntah-muntah. “Saya suruh dia berehat dulu… Tapi dia komited dengan kerja dan dia nak jugak pergi kerja.
(P/s : ini adalah petikan sumber dari mStar online)
Mungkin Allah SWT lebih menyayangi beliau....
Maka dijemput oleh-Nya untuk menghadap Yang Maha Esa..
Semoga insan yang Ustaz Asri ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Semoga pejuangan insan ini akan diteruskan untuk kita berjuang menegakkan kebenaran..

Sesungguhnya dunia ini hanyalah persinggahan sementara dan alam selepasnya merupakan alam yang kekal abadi..

Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kembali....

Al-Fatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan