Khamis, April 21, 2011

La Tahzan.....



Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286

Hidup ini ibarat roda. Ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya kita berada di bawah. Ada masanya kita disanjung, namun ada ketikanya kita dikeji dek kerana hanya sedikit kesilapan yang kita lakukan.  Ada kalanya kejayaan sentiasa bersama kita hinggakan kita terlupa akan istilah gagal. Inilah yang dikatakan kehidupan. Langit tak selalunya cerah. Air tak selalunya tenang. Selagi kita hidup, dugaan dan ujian pasti akan datang dalam apa bentuk sekalipun. Miskin, kaya, lapang, sempit, senang mahupun susah, semua itu adalah dugaan untuk kita yg bergelar manusia. 

Jika ditanya apakah itu sabar? Semua orang pasti dapat menjawab dengan mudah. Panjang lebar penerangan yg diberikan termasuk dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Tetapi pernahkan kita terfikir, akan setiap apa yg diucapkan itu akan diaplikasikan sepenuhnya dalam hidup yg realiti atau setiap ucapan itu hanyalah fantasi semata-mata. Bukalah mata hati anda, fikir-fikirkanlah bahawa setiap kata tanpa disertakan dengan amal adalah sia-sia ibarat sebuah kereta mewah, yang hanya cantik luarannya saja tapi tidak dapat bergerak kerana enjin kereta tidak dapat berfungsi. Hanya    megah dengan kecantikan paras rupa walhal langsung tidak dapat memberi manfaat pada sesiapa. Setiap kata yang disertakan dengan amalan itulah yg sebaik-baiknya. Kata-katanya itu menjadi ingatan pada insan di sekelilingnya dan perbuatannya itu menjadi ikutan yang berguna buat mereka. Itulah peribadi Rasulullah SAW. Setiap perilaku dan peribadi Rasulullah SAW itulah yang menjadi salah usaha baginda dalam menjalankan tugas dakwah. Dengan sifat peribadi yang mulia, baginda membuatkan masyarakat pada ketika itu dekat dan jatuh hati dengan Islam dan ingin mendalami ajaran Islam dengan mendalam lagi. Simple bukan dalam berdakwah ni...:)


Pelita ingin berkongsi kata-kata daripada seorang motivator terkenal iaitu YM Raja Shamri.....
"hidup mesti di teruskan dan selagi kita buat benda betul percayalah Allah akan berikan kita kejayaan dan balasan yang setimpal ... sentiasalah bersabar tehadap apa sahaja yang datang ... kerana apa yang pasti hukum alam memberitahu setiap yang bersabar pasti ada ganjaran yang menanti ..." quote from YM Raja Shamri...


Think positive, act wisely. insyaAllah, Allah SWT always be with us.:)
"EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER IN OUR LIFE"

2 ulasan:

  1. like! :) memang mmberi motivasi vdeO ni...tQ a.azri !

    BalasPadam
  2. welcome, moga terus diberi kekuatan... video ni mmg x jemu sentiasa menjadi halwa telinga bila hati rasa resah.. kalau hidup x ada dugaan, bukan hidup namanya...itu dah menjadi hukum alam..:)

    BalasPadam