Ahad, Mei 08, 2011

Selamat Hari Ibu....

Saya panggil ibu saya mama. Tapi boleh juga la kan nak sambut hari ibu ini. Tak kisah la kan apa sahaja panggilan yang kita berikan buat insan yang mengandungkan 9 bulan 10 hari ni, yang melahirkan kita, yang menyusukan kita, yang membesarkan kita dari sekecil tapak tangan hingga besar dewasa, yang penting sambutan hari ibu ni bukan sambutan bermusim atau tahunan. Sesungguhnya walaupun dunia hari ini menyambut tanggal 8 Mei sebagai hari ibu, namun bagi bang chik hari ini, hari-hari sebelum ini, dan hari-hari seterusnya merupakan hari untuk mu, MAMA.

Mama.... rasanya kelu lidah ini untuk terus berkata-kata. Terlalu banyak rasanya perkara yang hendak diucapkan kepadamu bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah engkau berikan. Kasih dan sayang yang engkau curahkan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jika hendak diungkapkan dengan kata-kata untuk menzahirkan perasaan ini, tidak mampu rasanya untuk bang chik lafazkan. I'm speechless. Because too many things that I want to say about you. You are everything. That is the reason why for this year I do not post my feeling to you in my facebook because my feeling is just for you. Nobody can share this feeling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan