Jumaat, Ogos 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan.............


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas peluang yang masih lagi diberi untuk bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak iaitu penghulu segala bulan. Sedar atau tidak Ramadan datang dan pergi. Kedatangan bulan Ramadan merupakan satu bonus untuk kita membersihkan diri kita daripada noda dan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dalam bulan inilah syaitan-syaitan akan diikat dan dirantai untuk memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amal ibadat. Sepanjang bulan ini juga pintu-pintu syurga akan terbuka dengan luasnya manakala pintu-pintu neraka akan ditutup. Subhanallah, begitu banyak bonus dan peluang yang telah Allah SWT telah berikan kepada kita. Namun persoalannya sekarang, sedarkah kita bahawa peluang-peluang ini akan datang dan pergi?? Mengapa masih ada di antara kita masih leka dengan kemewahan hidup duniawi yang hanya bersifat sementara?? Sedangkan kehidupan ukhrawi yang kekal abadi dipandang mudah oleh masyrakat kita hari ini, kenapa pemikiran masyarakat kita menjurus ke arah ini??? Sedarlah bahawa masih belum terlambat untuk memuhasabahkan diri kita kembali, mencari kekurangan yang ada pada diri kita. Sesungguhnya, kita adalah insan kerdil yg tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Oleh itu, gunakanlah peluang yang diberikan ini iaitu kedatangan Ramadan yang mulia untuk kita mencari sinar kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat. Perbanyakkanlah amal ibadat kita dengan amalan-amalan sunat dan dirikanlah amallan-amalan fardhu dengan sebaik mungkin. Jadikan institusi Ramadan sebagai satu proses tarbiah yang akan menjadikan kita insan yang cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan