Rabu, Jun 15, 2011

Tamat Untuk Semester ni....

Alhamdulillah, 14 June 2011..hari terakhir final exam untuk semester ni... 


Aku telah cuba untuk memberikan yang terbaik namun Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-Nya. 


Hanya doa dan tawakal yang mampu aku panjatkan agar aku akan dikurniakan kejayaan yang cemerlang untuk semester ini. 


Yakinlah hati ini bahawa Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya walaupun senang mahupun susah. 


 
Untuk berjaya, pasti ada kuncinya... kunci ini dah ada di depan mata kita.... cuma perlukan usaha dan sanggup berkorban untuk mencapai dan terus mengenggam kunci ini seerat-eratnya kerana dengan kunci...insyaAllah hidup kita akan sentiasa berada di landasan yg betul....ini KUNCI nya...




Ciri-ciri orang berjaya yang disebutkan di dalam Surah Al-Mukminun :
1. Beriman kepada Allah
2. Menunaikan solat dengan khusyuk
3. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
4. Mengeluarkan zakat
5. Menjaga kehormatan diri
6. Menunaikan amanah dan janji
7. Menjaga waktu-waktu solat


Mengharapkan erti kejayaan yang sebenar...kejayaan yang bukan sahaja untuk kepentingan duniawi tetapi ada perkara yang lebih penting daripada itu.... yang dinilai oleh Allah SWT iaitu TAQWA.....




" SEBUAH KEJAYAAN ITU TIDAK AKAN DATANG DENGAN MUDAH MALAH 
PELUH KERINGAT ITULAH HIDANGANNYA, 
PENAT LELAH ITULAH RESEPINYA, 
PERIT LUKA ITULAH PERASANYA, 
PENGORBANAN ITULAH PELENGKAPNYA"

Moga apa yang dirancang akan dimakbulkan oleh Allah SWT ....amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan